Terpaksa berhenti dari sertai mana mana karnival makanan, Cat Farish dan isteri akui dah 3 bulan perniagaan diganggu

Penyanyi rap dan pelakon, Cat Farish mendedahkan dia dan isteri, Shikin Maembong terpaksa berhenti dari menyertai mana-mana karnival makanan buat sementara waktu selepas mendakwa perniagaan mereka terkena buatan orang. Ketika ditemui, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli berkata, beberapa perkara aneh serta misteri melanda perniagaan mereka sejak tiga bulan lalu sehingga menjejaskan pendapatan mereka. “Sebenarnya perniagaan kami sejak akhir-akhir ini macam ada sedikit benda yang tak best berlaku. Kita dilanda perkara yang orang cakap benda tu buatan orang yang mana kami ni dikatakan terkena di salah satu event yang kami sertai.

Selalunya penjualan kami lebih 200 kilogram (kg) hingga 300 kg pisang akan digunakan tapi sekarang 50kg pun tak sampai. Ada beberapa event yang kami sertai, kami kena hadap benda-benda yang tak best. Menurut Cat, dia pada awalnya memilih untuk tidak mempercayai dakwaan tersebut sehinggalah dia dan isteri menjumpai beberapa duit syiling di salah satu gerai jualan mereka ketika menyertai karnival di Kedah. “Saya pun bukanlah nak percaya sangat tapi tiba-tiba ada jumpa banyak duit syiling tapi saya jadi peliklah kan sebab perniagaan saya tak guna banyak syiling pun. Yang lagi pelik, ada juga syiling dari Thailand.

Saya tak berani nak pegang tapi bila bertanya dengan ustaz mengenai hal ini, dia minta saya untuk ambil sambil alas tangan saya dengan sesuatu, kumpulkan dalam satu bekas dan tutup. Bukan itu saja, ada juga kejadian staf saya kakinya bengkak-bengkak.” Cat berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Malaysia Hobby Expo 2023 yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada petang Rabu. Dalam pada itu, Cat memaklumkan keputusan untuk berhenti dari menyertai mana-mana karnival buat seketika itu adalah untuk menjaga rumah tangganya daripada berlaku sebarang salah faham antara dia dan Shikin.

“Saya takut benda-benda macam ni akan ganggu rumah tangga saya jadi kami buat pilihan untuk berhenti seketika. Bila tanya orang benda-benda macam ni memang biasa lebih-lebih lagi bila ada yang tak boleh tengok kita senang jadi posting di media sosial semua kami jaga kurangkan sedikit sekarang ni.” Sekadar info, Cat dan kumpulan Ruffedge akan mengadakan persembahan di Konsert Passion of Sound pada 2 Disember ini, yang juga menjadi sebahagian daripada kemuncak acara Malaysia Hobby Expo 2023.

Selain kumpulan Ruffedge, Konsert Passion of Sound turut akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular iaitu Gerhana Ska Cinta, Insomniacks, Saixse dan Hujan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.