Muat naik video terbaru di laman tiktok, ramai yang perasan isteri pertama Abg Tesla luahkan perasaan

Bila sebut saja pasal Abang Tesla, pastinya ramai yang teringat dengan kisah poligami pempengaruh terkenal itu yang penuh kontroversi. Meskipun Abang Tesla kini memaparkan kehidupan bahagianya dengan kedua-dua isteri menerusi beberapa video di TikTok, tup-tup muncul pula video daripada isteri pertama, Nurmajdina Jamari yang kini mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang kini mendapat hampir 50,000 likes itu, isteri pertama Abang Tesla dilihat merakam wajahnya dengan berlatarkan lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian penyanyi seberang, Afghan. Klik sini untuk lihat video.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah tulisan di atas video itu yang mengatakan, Malah diruangan kapsyen juga Majdina dilihat menulis, “I’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng.” Video berkenaan telah mengundang pelbagai komen daripada warganet yang berspekulasi sama ada isteri pertama Abang Tesla benar-benar ikhlas dan bahagia dalam hubungan poligami tersebut. Malah ada juga yang mengaitkan ia dengan video yang baru dimuat naik Abang Tesla yang memaparkan lelaki itu membawa isterinya makan malam dan meluahkan beberapa hal mengenai rumah tangga mereka.

Dalam video itu, Abang Tesla mendedahkan bahawa pada asalnya, dia ingin menyatakan niat untuk berkahwin dua pada bulan 6 terdahulu, namun dia terpaksa tangguhkan hasrat tersebut kerana bulan itu adalah bulan ulangtahun kelahiran isterinya. “Sebenarnya memang nak cakap dah dengan awak pasal kahwin tu tapi tak sampai hati sebab birthday kan. Masa tu dalam hati rasa sebaklah sebab masa tu fikir, andai kata cakap, kita takkan sama macam dulu. Tapi alhamdulillah lah, semua dipermudahkan.

Cuma masa tu fikir, lepas bagitahu, mungkin ada perpisahan. Mungkin minta pisah sebab tak boleh terima,” katanya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.