Aisyah Hijanah diminta keluarkan kenyataan untuk bersihkan nama suami, sekali adik susuan minta orang ramai jangan terpedaya

Ahli keluarga Aisyah Hijanah mendakawa personaliti media sosial itu dikawal oleh suaminya, Alif Teega untuk mengeluarkan kenyataan palsu demi membersihkan namanya. Menerusi perkongsian di Instagram. Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan adik susuan Aisyah Hijanah meminta agar orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang kenyataan yang dibuat oleh wanita itu selepas ini. “Kita tunggu kenyataan ‘palsu’ yang akan dikeluarkan Aisyah tidak lama lagi. Wahai Alif, tolong lah jangan gertak bini kau. Nak suruh kakak aku bersihkan nama kau yang dah buruk kan?

Jangan percaya pun dari kenyataan kakak saya nanti. Dia sudah dikawal oleh Alif untuk sucikan balik nama jantan tu. Dah buat tapi tak nak terima kesalahan itu. Moga kebenaran akan terbongkar.” Bukan itu sahaja, Amirul mendakwa Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani telah memaksa Aisyah membuat sesi siaran langsung di TikTok untuk menjual produk perniagaan mereka. Dalam pada itu, Amirul memohon Alif  berhenti mengugut Aisyah demi kepentingan peribadi.

“Kalau dah buat sesuatu tu, tolong lah fikirkan akibat ya. Sudah-sudahlah kawal bini kau tu atas kepentingan kau. Dengan tak jumpa umi ya. Penat lah dengan jantan macam kau ni. Live pun push my sister for sale. Kenapa tak bawa bini penyondol kau tu bersihkan nama kau je?” Terdahulu, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.