Tak rasa tertekan tengok rakan terdekat dah kahwin, Amira Othman akui masih lagi solo dan tak mengenali sesiapa

Penyanyi dan juga pelakon Amira Othman, tidak merasa tertekan walaupun melihat rakan-rakan terdekat dalam kalangan selebriti telah bahagia melayari bahtera rumah tangga. Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 30 tahun itu, mengaku bahawa orang sekeliling sering bertanyakan soalan mengenai jodohnya, namun dia tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdir yang sudah tertulis. “Sekarang ini kalau ada kenalan rapat yang berkahwin saya sering menjadi sasaran dengan pertanyaan bila giliran saya nak menamatkan zaman bujang.

Bukan tiada perancangan ke arah itu, tapi apa nak buat jodoh belum sampai lagi. Tipulah kalau sebelum ini saya tak pernah berkenalan atau merancang ke arah itu. Setiap kali menerima pertanyaan ini saya tak tertekan pun cuma bila ada yang mempersoalkan saya tidak takut ke kahwin lambat dan menerima zuriat pada usia yang tua, saya rasa soalan seperti itu tidak patut ditanyakan. Jodoh dan ajal di tangan-Nya. Siapalah kita untuk mempersoalkan qada dan qadar, semuanya sudah tertulis. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik pada waktu yang tepat.”

Tambah pelakon drama ‘Abang Bomba I Love You’ itu, sehingga kini, dia masih belum menemui dan mempunyai kekasih hati, namun dia sentiasa menjalani hidup dengan sikap positif dan tidak pernah berhenti berdoa agar diberikan teman hidup yang mampu membimbingnya di masa yang akan datang. “Hidup kita ini memang tiada jaminan sebab Dia Yang Maha Berkuasa. Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Tidak dinafikan saya masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa pun. Insya-Allah adalah nanti, sama-sama kita doakan.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.