Sebarkan keadaan di Palestin, Neelofa akui tertekan sampai menjejaskan susu badan

Selebriti yang juga usahawan terkemuka, Noor Neelofa mengakui dirinya tertekan sehingga menjejaskan bekalan susu badan kerana mengikuti perkembangan isu semasa Palestin yang cedera dan terkorban angkara Zionis Israel. Memetik Kosmo! Online, ibu kepada dua cahaya mata comel ini terpaksa mengambil pendekatan menyebarkan kandungan berbentuk pendidikan dan kesedaran mengenai keperitan yang ditanggung penduduk Gaza. Jelas Neelofa, dirinya terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan susu badan terjejas selepas sebulan aktif berkongsi video melibatkan kanak-kanak dan wanita di Palestin.

“Selepas sebulan aktif membuat hantaran mengenai keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu, saya muat naik video kanak-kanak dan wanita. Sekarang, saya lebih kepada berkongsi kandungan pendidikan untuk menyuntik kesedaran kekjman yang dilakukan oleh Zionis.  Sebab tertekan, ia member kesan kepada ‘suppy’ (bekalan) susu saya,”ujarnya. Neelofa berkata, penurunan jumlah besar bekalan susu badannya pada setiap hari amat memberi kesan kepada anaknya, terutama masih menyusu bayi berusia empat bulan, Abduulah Abbas.

Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun sempat menitipkan pesanan buat para ibu di luar sana supaya menitikberatkan kesihatan mereka demi anak-anak. Neelofa berkata, adalah tidak menjadi suatu kesalahan jika mereka mahu menyokong atau menyebarkan sesuatu kesedaran mengenai isu semasa Palestin. Namun, mereka ini haruslah berfikir mengenai nasib anak yang masih bergantung bekalan susu ibu. “Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kjm,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu lantang bersuara mengenai nasib menimpa penduduk di Palestin yang menjadi mangsa ‘rakus’ penjajah rjim Zionis Israel. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.