Kongsikan kenangan terindah dengan bapa, tercapai hajat Suhaimi Saad nak anak sulung mandikan jnzah 

Anak sulung kepada Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie memberitahu yang bapanya berpesan supaya sentiasa menjaga solat dan jangan tinggalkan bacaan Al-Quran. Bekas anggota kumpulan In-Team itu turut berpesan kepada Hadie untuk memandikan jenazahnya jika dia telah tiada. “Ayah selalu berpesan supaya jangan tinggal solat dan jangan tinggal mengaji. “Selain itu, ayah juga berpesan, kalau dia sudah tiada, dia minta untuk mandikan jenazahnya, dan solatkannya,” ujar Hadie. Dalam masa sama, Hadie turut berkongsi kenangan terindah bersama bapanya ketika figura itu masih hidup. “Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” katanya lagi. Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.40 malam semalam di HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.