Selalu kena kritik dengan warganet sebab penampilan menjolok mata, tak boleh berdiam ini respon selamba dari Fasha Sandha

PELAKON Fasha Sandha mengakui tidak pernah tergores hati membaca kritikan yang dilontarkan berhubung penampilannya yang dikatakan menjolok mata. Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, komen negatif yang ditujukan kepadanya itu sama sekali tidak memberikan sebarang kesan terhadap diri dan kerjayanya. “Saya biar sahaja, tidak kisah pun sebab benda (komen) itu tidak beri kesan pun dengan hidup saya. Saya belum rasa rimas lagi dengan warganet atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik.

“Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya. Tambah Fasha, dia juga tidak pernah berbincang dengan suaminya, Aidil Aziz berkenaan komen-komen negatif dari warganet itu. Fasha yang mengakui masih belum sempurna menutup aurat berkata, dia lebih memilih untuk mengikut kehendaknya sendiri berbanding menuruti permintaan orang lain.

“Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka. Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlukan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal. “Kalau buat untuk orang lain atau bukan untuk diri sendiri, benda itu separuh jalan,” ujarnya. Tambah Fasha, kebanyakkan kritikan yang diterimanya adalah hanya berkenaan pemakaian yang dianggap menjolok mata.

Itu sahaja kritikan yang orang boleh bagi, bab lain orang tak boleh nak sentuh sebab bab kerja, lakonan, mereka tidak boleh nak kritik,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.