Kemelut antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dengan bekas isteri yang merupakan aktres, Shakilla Khoriri terus menerus menjadi bualan warganet di media sosial. Terbaru, Fizi menjawab dakwaan yang mengatakan dia sengaja memisahkan Ameena daripada Shakilla. Tegas Fizi, dia sebagai bapa juga berhak atas hak jagaan anak tunggalnya itu. “Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya. Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti.”
Bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menjawab komen warganet di Instagram Story yang menggesa dirinya untuk hanya memberi fokus kepada anak tiri dan menyerahkan Ameena sepenuhnya kepada Shakilla. “Dah ada anak tiri. Fizi layan dan bagi kasih sayang dekat anak tiri. Buat anak baru. Biar la Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan. Bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayang dan bertanggungjawab dengan anak dia. Hidup saja dengan aman. Dunia ini tak lama pun. Asalkan nafkah anak itu jangan lupa. Berbahagia la.”
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin juga mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata sebelum berbicara. Terdahulu, pengacara itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak dapat bertemu dengan Ameena pada hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, pada Sabtu. Susulan itu, Fizi nekad menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah syariah. Sekadar info, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah berpisah pada Disember 2021. Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.