Ramai yang sangka Diana Danielle hamil sebab nampak makin berisi, sekali ini pula jawapan dari tuan badan

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai perubahan fizikalnya yang dikatakan semakin berisi, bagaimanapun pelakon Diana Danielle menafikan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Menurut Diana lagi, dia sudah menjawab lebih 50 kali pertanyaan orang ramai sejak dua bulan lalu mengenai dakwaan dirinya berbadan dua. Diana berkata dia kini berada dalam perubahan selera makan semakin bertambah dan berat badannya bertambah. Katanya, dia tidak akan rahsiakan berita kehamilan jika benar-benar berlaku

“Saya sudah menjawab sekitar 50 pertanyaan (soalan hamil) sejak dua bulan lalu. Saya tidak hamil, hanya berat badan bertambah. Jangan risau, saya akan umumkan kepada semua kalau sudah berbadan dua cuma buat masa sekarang hanya lemak dan sangat menikmati makanan,” tulisnya di ruangan komen. Dalam pada itu, Diana turut meminta kepada orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri jika melhat perut wanita kelihatan buncit. Jika anda melihat seseorang dengan perut buncit, tidak semestinya hamil. Mungkin mereka hanya baru sahaja menikmati hidangan lazat.

Sekiranya melihat wajah mereka berseri, juga tidak bermaksud sedang mengandung. Barangkali hasil rawatan wajah yang bagus,” tulisnya. Sebelum ini hangat diperkatakan Diana didakwa berbadan dua selepas dia dan suami, Farid Kamil kembali rujuk pada September lalu. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.