Sedar diri bila menumpang rumah Shila Amzah, Eiza akui tinggal situ sebab dipelawa

Wanita bernama Eiza menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq. Memetik Harian Metro, Eiza Idanie berkata dia mengenali Syafiq atas urusan perniagaan dan dipelawa untuk tinggal di banglo Hulu Langat itu oleh kedua ibu bapa Shila pada tahun 2021. “Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami kerosakan yang teruk termasuk barang niaga saya rosak.

“Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan  menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya. Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan,” katanya. Menurut Eiza lagi, bapa kepada penyanyi itu iaitu ND Lala menawarkan peluang perniagaan serta pernah menggunakan duitnya RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM.

“Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu  hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu.” katanya. Sementara itu, Eiza turut kecewa dengan kenyataan Shila meminta orang luar dalam banglo itu keluar sedangkan selama ini dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu serta adik-beradiknya ketika berdepan konflik.

“Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku. Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila. Malah sepanjang pergdhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

“Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja. Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain. Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah, ” katanya.

Dalam pada itu, Eiza berkata dia berharap dengan penjelasan dibuatnya itu dapat membersihkan namanya pelbagai fitnah dilemparkan Shila terhadap dirinya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.