Fazura akui dirinya memang pakai hoodie dan topi di luar, tapi dia nafikan dakwaan pergi ke kelab

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui dirinya memang memakai hoodie dan topi di luar, namun menafikan dakwaan ‘fans club’ artis sebelum ini dengan mengatakan dirinya pergi ke kelab malam (clubbing). Fazura yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin berkata, dirinya tidak pernah mengakui sebagai seorang yang ‘terpaling solehah’, sebaliknya masih lagi berusaha untuk beristiqamah untuk menjadi seorang yang lebih baik. “Saya tak pernah akui saya terpaling solehah. Saya manusia biasa, tak pernah akui saya terpaling solehah dan pamerkan kepada semua orang saya mengaji dan solat setiap hari. I am work in progress. Setiap hari saya berusaha untuk istiqamah,”ujarnya.

Ujar Fazura yang mesra disapa Faz, dirinya mengakui memang memakai hoodie dan topi dan bukannya clubbing. Bahkan, turut berkongsi di Instagram dan tidak pernah sekalipun dia menyembunyikan perkara berkenaan. Dalam pada itu, Fazura juga mendedahkan dirinya akan melepaskan tekanan melalui hiburan selepas penat bekerja keras. “Saya kerja keras, ada masa saya nak lepaskan tekanan dengan berhibur sebab saya suka muzik dan menari. Ada kalanya saya akan pergi karaoke dengan kawan-kawan. Kadangkala saya pergi ke restoran dan memang kebanyakan restoran sekarang keadaannya gelap. Bila ada muzik, sudah tentu saya akan goyangkan bahu. 

Dalam berhibur, saya tetap ingat Allah, tak adalah sampai lupa diri. Ada hadnya. Tapi clubbing itu memang tuduhan berat dan ia tidak berlaku,” katanya. Jelas Fazura, cerita yang diada-adakan itu adalah tuduhan yang sangat berat dan berkemungkinan ia dibuat untuk menjatuhkan seseorang. Dia juga meminta pihak tidak bertanggungjawab untuk menghentikan cubaan ‘provokasi’ terhadap dirinya kerana dirinya mahu memberi fokus kepada kerjaya dan keluarga sahaja.

“Cukup-cukuplah. Memang saya fokus diri sendiri dan tak kacau orang lain. Hanya Fokus keluarga, anak, suami dan kerjaya. Saya tak tahu kenapa ada pihak yang sentiasa nak ganggu dan cetuskan provokasi. “Saya tak pernah rancang nak jatuhkan orang lain semata-mata nak viralkan produk saya. Allah tahu saya tak buat begitu. Jadi tak perlu nak cuit-cuit, provoke saya. Doakanlah saya menjadi muslimah yang lebih baik,” katanya lagi. Kata Fazura, sebagai seorang Muslim, dalam berkeinginan untuk menjadi diri sendiri, dia masih tahu dan sedar tentang had tertentu yang perlu dipatuhi sebagai seorang Muslim.

“Apa pun yang kita buat, berbalik pada niat. Itu antara kita dengan Allah. Saya work in progress, tidak sempurna dan sentiasa berusaha untuk istiqamah. Tapi saya tetap mahu menjadi diri sendiri. Nak berhoodie atau apa, itu saya. Yang penting besok lusa saya tak buka (tudung),” ujarnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.