Shila Amzah tetap dengan pendirian nak jual rumah banglo, dia anggap konflik dengan keluarga dah selesai

Sebelum ini, nama penyanyi Shila Amzah menjadi buah mulut warganet selepas difahamkan mempunyai konflik bersama keluarga kandungnya. Terbaharu, Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menganggap bahawa konflik yang berlaku telah pun selesai. Dalam pada itu, Shila turut meminta orang ramai supaya mengendahkan kata-kata yang keluar daripada mulut adiknya, Amir Syafiq Amzah yang dianggap tidak suka mengakui kesalahan. “Saya anggap konflik ini sudah selesai. Daripada segi keluarga, otak saya dah selesai.

Dia jenis orang yang tak mengaku salah. Tak tahu diri sendiri memang suka meratip. Jadi jangan bagi perhatian. Makin dilayan makin naik lemak dia nanti. Biarlah dia cari duit sendiri betul-betul,” kata pelantun lagu Selamanya Cinta itu. Terdahulu, kontroversi yang berlaku di antara Shila dan keluarga dikatakan bermula setelah adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau daripada rumah banglo yang didiaminya. Walau bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh Shila, di mana dia menerangkan ingin memberi kediaman yang lebih selesa buat ibunya. Shila juga mengakui rumah banglo itu tinggalkan banyak kenangan buruk yang tidak mahu diingati selepas bapa mereka, ND Lala berkahwin dengan seorang wanita muda.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.