Tengah hangat pasal isu Makcik Kemboja, terkini polis Melaka dedah terima 14 laporan

Polis Melaka memaklumkan telah menerima 14 laporan berhubung isu seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja susulan tindakanya mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu di TikTok, baru-baru ini. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas tular sepotong video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik wanita terbabit yang mengatakan ‘Melayu malas’. Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Terdahulu, Makcik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah bertalu-talu menerima kritikan warganet selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.