Ramai yang terhibur bila tengok lakonan Jebat nak pikat anak Puteri Sarah

Siapa tak kenal Jebat Jayden, anak kepada pelakon terkenal Shaarnaz Ahmad? Gelagatnya yang bersahaja dan petah berkata-kata selalu jadi perhatian warganet. Selain itu, Jebat Jayden juga seringkali muncul dalam beberapa iklan produk bersama ibunya, Noor Nabila. Baru-baru ini, sekali lagi Jebat Jayden membuat warganet geli hati apabila dia bersama ibunya berlakon dalam iklan produk kambing perap, Pak Mat Western bersama Puteri Sarah Liyana serta dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Klik sini untuk lihat video.

Dalam iklan Pak Mat Western itu, mereka berlakon dalam beberapa situasi yang mana Jayden pada awalnya dia mengorat Sumayyah dengan cara membantu mengangkat botol air milik Puteri Sarah. Dengan senyuman manisnya, Jayden berkata kepada Sumayyah, Situasi yang lain, Jayden sekali lagi memberi pickup line kepada Sumayyah kononnya dia boleh mencuci baju Sumayyah. Dengan gayanya menyeluk tangan di dalam poket, Jayden berjalan menghampiri ibunya dan meminta untuk masakkan hidangan daripada jenama Pak Mat Western. “Boleh tak mummy masak Pak Mat Western untuk bakal bini baby.”

Kemudian, Noor Nabila dan Jayden berada di dapur untuk masak meatball dan kambing perap Pak Mat Western. Jayden berkata dia mahu makan bersama Sumayyah. “Mummy jangan makan tau. Sebab baby nak makan dengan Sumayyah.” Walau bagaimanapun abang kepada Sumayyah, Syaikhul mengusik Jayden yang dari tadi asyik tackle Sumayyah. Kata Syaikhul, jika mahukan Sumayyah, Jayden perlu memberikan sebuah kereta Lamborghini.

Namun, Jayden membalas permintaan Syaikhul dengan berkata, “Easy.. celah gigi.” Gelagat bersahaja Jayden nampaknya telah membuatkan para warganet terhibur dan memuji lakonan Jayden sama seperti bapanya, Shaarnaz Ahmad.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.