Gambar suami dah tiada di ig, status rumahtangga Mawar Rashid undang tanda tanya warganet

Selepas mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya pada Oktober lalu, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid sering menjadi tumpuan setiap kali dia memuat naik hantaran menerusi platform media sosialnya. Terbaru, pelakon drama Tundukan Playboy Itu mencetuskan tanda tanya, apabila foto bersama suaminya, Raf Yaakob kelihatan telahpun dipadam di platform berkenaan. Malah, hanya beberapa posting iklan sahaja yang tinggal membabitkan pasangan tersebut.

Namun, berdasarkan pemerhatian, menerusi hantaran di Instagram milik Raf, dia kelihatan masih menyimpan beberapa foto miliknya isterinya termasuklah posting iklan melibtakan mereka berdua. Sebelum ini, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan untuk tampil ‘free hair’. Bagaimanapun, penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley tampil membidas kenyataan tersebut dan menegaskan rumah tangga adiknya tiada masalah.

“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf dan dia bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat rapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga. “Yang seronoknya, Raf pun semalam baru balik umrah kan. Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,” katanya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.