Main badminton dengan Jebat, ramai yang suka tengok hubungan baik antara Nabila dan Amelia

Meskipun sudah berpisah, hubungan persahabatan di antara Noor Nabila dan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad masih lagi dalam keadaan baik kerana mereka sering dilihat meluangkan masa bersama dengan anak, Jebat Jayden. Malah perkongsian daripada kakak Neelofa baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia dilihat meluangkan masa bersama teman wanita Sharnaaz, Amelia Christie dengan anaknya, Jebat Jayden.

Menerusi video yang dimuat naik di IG Stories dan dikongsikan semula di TikTok Melodi, kelihatan Amelia sedang bermain badminton dengan Jebat sambil disaksikan oleh Noor Nabila di rumah. Malah Noor Nabila juga mengucapkan terima kasih kepada Amelia kerana sanggup masak untuk dia dan anaknya pada hari tersebut. “Thank you aunty Amelia masak untuk baby dan mommy today,” tulisnya. Melihatkan keakraban mereka ini di dalam video, ramai di kalangan warganet memuji sikap Noor Nabila yang dilihat sporting dan tak kisah rapat dengan teman wanita Sharnaaz.

Malah ramai juga yang mendoakan semoga hubungan baik ini terus berkekalan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.