Kak Km teruk kena kritik dengan warganet sebab percaya Feng Shui, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM mengundang kritikan warganet apabila menyatakan Feng Shui yang baik sebagai salah satu sebab tanah tersebut sesuai untuk dibeli. Pun begitu, Kak KM membidas kritikan warganet yang mengkritik tindakannya yang mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman. Menerusi hantaran di Instagram, Kak KM mempertahankan dirinya dengan menyelar individu yang mengkritiknya tanpa mengetahui asas kebenarannya. Klik sini untuk lihat video.

“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum? Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus saja kau. Kelakar. Nak cerita, oh tanah. Orang kaya memang macam itu bdh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap,” katanya. Tambahnya, jika seseorang itu tidak tahu menahu tentang bisnes jual beli tanah, mereka seharusnya perlu bertanya dan tidak tunjuk pandai.

“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang,” katanya. Dalam pada itu, Kak KM berkata warganet yang sibuk mengkritiknya itu mempunyai penyakit iri hati dan cemburu melihat kejayaan orang lain. Sekadar info, Feng Shui adalah amalan dan kepercayaan orang Cina kuno yang mengaku dapat mengumpul kekuatan tenaga dan membentuk keharmonian antara individu dan persekitarannya. Kepercayaan ini sering digunakan ketika berpindah ke rumah baru atau apabila ingin meningkatkan tenaga dalam kediaman.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.