Kongsikan kisah salam, Puteri Balqis dedah ibu pernah dituduh sebagai pnagih ddh

PELAKON Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih ddh selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu ketika dahulu. Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 16, berkata, dia menjadi saksi bagaimana ibunya Norashikin Mohd Aziz dimalukan malah dia sendiri pernah menjadi sasaran kebencian mereka di set penggambaran. “Mak masih ingat kru-kru produksi pondan wardrobe dan solekan yang sebarkan cerita mak pngh? “Berbulan shooting, kakak (panggilan Balqis) dipanggil anjing, bbi, monyet. Mereka ketawakan mak ramai-ramai, dijerit plcr waktu tengah makan.

“Lepas mereka solat, mereka sambung maki hamun kakak, hina mak sepanjang mak berjalan,” katanya. Balqis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran panjang lebar mengenai kisah silam dia dan ibunya yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Balqis turut mendedahkan mereka pernah menjadi mngsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan dihadapi mereka. Jelas Balqis, selebriti berkenaan mahu menggunakan mereka sebagai content di media sosial dan ditawarkan RM5,000 dengan syarat dia perlu berakon menjadi susah dan mengikut semua arahan mereka.

“Mereka rakam video kakak jual buku bersama anak lelakinya dengan alasan mahu anaknya belajar erti susah. Mereka tak hantar kita balik tapi bawa ke rumah mereka yang sebesar istana. Bila kita masuk, kamera sudah siap dipasang… Kita ditanya pelbagai soalan yang kita sendiri buntu untuk jawab. Semua jawapan yang boleh menjatuhkan kita dimuat naik di YouTube. Esoknya PA (pembantu peribadi) dia datang pujuk dan tawar nak beri RM5,000 sebulan dengan syarat saya kena berlakon lapar, naik kereta api seorang diri jual buku.

Selama video itu viral di YouTube, mereka akan beri kami RM5,000 sebulan,” dedahnya. Tambah Balqis, walaupun kehidupannya tiada perlindungan dan kasih sayang namun dia berjanji akan menjadi anak yang baik. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.