Tengah hangat pasal isu selebriti tak bayar kwsp pekerja, ini pula reaksi Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat menitikberatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat beliau. Selain syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) yang menguruskan karier beliau, Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aset perniagaan lain iaitu SimplySiti (kosmetik), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung). Jelas pelantun lagu malar segar Bukan Cinta Biasa ini, sebagai majikan Siti Nurhaliza tidak memandang remeh mengenai kebajikan pekerja-pekerjanya.

“Sebagai majikan kita kena hargai pekerja dan hak seorang pekerja itu penting kerana itu semua titik peluh mereka. Saya tak pandai dan tak nak memandai bercakap. Tapi saya percaya kita kena ikut peraturan dengan cara syarikat berfungsi, beroperasi. Mungkin ada yang terlepas pandang atau mempercayakan pihak lain yang buat kerja. Sebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu kita ada staf seperti bahagian HR misalnya. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Beausiti di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebelum ini, heboh mengenai dakwaan mengatakan usahawan dan pelawak mengabaikan caruman KWSP untuk pekerjanya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.