Tak nak ank bangga diri, Puteri Sarah Liyana akui rahsiakan karier sebagai selebriti depan anak anak

Pelakon, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia tidak pernah memberitahu kepada anak-anaknya tentang latar belakang pekerjaannya sebagai seorang selebriti. Menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang berinteraksi bersama pengikutnya. Aktres itu kemudian menjawab pertanyaan warganet tentang anak-anaknya. Menurut Puteri Sarah, dia merahsiakan mengenai kariernya dengan tujuan supaya anak-anak tidak mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa ibu bapa dan datuk mereka adalah selebriti. Saya tak nak mereka tahu apa sebenarnya pekerjaan kami dan sehingga sekarang mereka masih tak tahu. Mereka cuma tahu nama kami sahaja.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami tindakan pelakon drama Suri Hati tersebut yang mahu anak-anaknya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.

Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.