Bengang bila anak digelar dengan gelaran tak elok, sekali ini respon dari Che Ta

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan meluahkan rasa bengang dengan seorang warganet yang bercakap buruk mengenai anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Menerusi akaun Instagram Aaisyah yang diurus sendiri oleh Rozita dan suaminya, pelakon Zain Saidin, dia memuat naik komen yang ditinggalkan oleh individu itu pada sebuah hantaran. Kata individu itu, dia berharap Aaisyah tidak menjadi seorang ‘pick me girl’ apabila sudah dewasa nanti sebaliknya menjadi anak solehah. “Aku harap esok besar tak jadi pick me girl dah. esok besar hopefully jadi anak solehah,” komen individu itu.

Tidak berdiam diri, Rozita atau mesra disapa Che Ta tampil membidas komen individu itu menerusi Instagram Stories (IGS). “Eh kau jangan kurang ajar eee nak komen anak orang suka suka hati!!! Jaga diri kau tu jangan sampai jadi sundal!!! “Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal or call girl!!!” balasnya. Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saidin berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang puteri iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9. Manakala, menerusi perkahwinan sebelum ini, Che Ta memiliki dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.