Ramai yang nak dia berlakon sebagai watak utama, tak sangka ini pula respon Idzham Ismail

PELAKON Idzham Ismail sanggup mempertaruhkan kerjaya seninya jika drama terbaharu lakonannya sebagai watak utama gagal mendapat sambutan penonton. Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, berani menyatakan hasrat tersebut selepas dia melakukan tinjauan di laman sosial yang menunjukkan ramai bersetuju untuk dia terus diberi peranan membawa watak hero. “Pernah di beritahu saya tiada permintaan untuk menjadi watak utama dalam drama. Saya buat tinjauan dan 100 peratus setuju saya pegang watak utama.

“Siapa berani pertaruhkan? Last berlakon jika tidak meletop!” katanya menerusi laman X. Bersama status berkenaan, dia turut memuat naik beberapa tangkap layar komen peminat yang mahu dia tampil sebagai watak utama dalam drama. Sebelum itu, Idzham menerusi perkongsian di Instagram mengakui perkembangan seninya sedikit perlahan dan dia masih berusaha mencipta nama dalam industri seni. “Saya akan kembali. Ada yang nak tengok saya bawakan watak utama? 12 tahun penantian untuk naik taraf. Ya, agak perlahan saya naik.

“Apa yang penting semua watak yang saya bawa memberi kesan kepada penonton untuk ingat. InsyaAllah selepas ini akan buat lebih baik,” ujarnya. Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pula aktor ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap pencapaiannya dalam kerjaya seni. Idzham bagaimanapun menegaskan luahannya itu bukanlah bermaksud dia merajuk dengan sambutan yang diberikan penonton. “Tiba-tiba hati ini jadi tidak kuat apabila apa yang nak dicapai masih terkapai-kapai. Sedih itu besar, orang tak nampak kerana kuatnya sabar sebelum ini.

Nama susah lepas sebab bukan kaki kipas. Tanda aras bukannya pada bakat tapi kabel kena kuat. Hati ini sudah semakin koyak. Adakah ini pengakhirannya? Bukankah jalan ini sepatutnya jadi pilihan? Jika bukan, hilangkanlah nama aku di persada seni,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.