Majlis resepsi berjalan dengan lancar, Sabri Yunus dedah dapat tajaan 7 majlis resepsi

PELAKON dan pelawak Sabri Yunus meluahkan rasa bersyukur apabila majlis resepsinya berjalan dengan lancar seperti dirancang di Grand Barakah Ampang pada Jumaat, 3 November. Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 62, berkata dia tidak menyangka apabila berpeluang untuk bersanding kali kedua dan memberitahu kesemuanya majlisnya itu ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur. “Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.

“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami,” kata Sabri. Sementara itu pasangan ini akan diraikan dalam beberapa lagi majlis resepsi dan kesemua majlis resepsi tersebut mendapat tajaan penuh. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.