Tak bimbang hubungan dengan jenama antarabangsa terjejas, Scha Alyahya tolak secara baik jemputan yang ada kaitan Israel

LANTANG memberikan sokongan terhadap negara Palestin, pelakon dan model Scha Alyahya tidak bimbang jika hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa terjejas. Tegas mengenai isu ini, Scha, 40, berkata dia juga tidak teragak-agak menolak secara baik sekiranya ada jemputan daripada jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel. Malah, dia kini sedang menyusun semula jadual hantaran di media sosialnya bagi menghormati isu Palestin ini.

“Percayalah, Allah bagi rezeki dekat kita. Ada brand jemput pergi majlis, saya tolak dengan baik. Mereka (jenama) bukannya tidak sensitif tapi mereka ada kalendar (jadual) dan itu benda yang mereka kena ikut. Tapi kita sebagai talent, ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baru. Komunikasi itu yang penting. Kita kena bijak sikit daripada hanya ikut arahan,” katanya. Scha berkongsi pendiriannya itu ketika ditemui di sidang media Hero Dewi Remaja di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Scha berkata dia memilih untuk tidak mengutuk kkjmn yang dilakukan terhadap bumi Palestin dengan cara kasar di media sosial. “Kita boleh tunjuk sokongan tapi kita tidak boleh kutuk macam terlalu kasar, kena tahu berlapik. Tahu apa nak cakap, benda itu paling penting,” ujarnya. Meskipun menyatakan sokongan kepada Palestin, namun masih terdapat beberapa individu yang tidak senang melihat perkongsiannya di media sosial. “Ugutan itu tidak ada tapi orang mesej itu ada. Bagi saya benda itu okay sahaja. Saya boleh kawal sendiri,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.