Tak percaya Atu jadi wakil Malaysia ke Indonesia, Sharif dan Syaiful Zero bangga dengan Atu

Pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful dari kumpul Zero mendedahkan mereka bangga dengan adik mereka iaitu Atu yang baru sahaja selesai mewakili Malaysia dalam pertandingan badminton, Tepok Bulu 2023 menentang artis dari Indonesia baru-baru ini. Ketika ditemui, pasangan dua beradik itu berkata mereka pada awalnya tidak percaya ketika Atu memaklumkan penglibatannya sebagai wakil Malaysia ke Indonesia. “Nak cakap bangga tu macam tak berbaloi pula (sambil ketawa). Tapi bagi kami berdua ialah meskipun kami di sini fokus dengan pertandingan, Atu pula berjaya membuatkan orang bercerita mengenai dia di Indonesia.

Mula-mula dia bagitahu kami mengenai pertandingan itu tapi kita orang macam, ‘seriuslah kau ni?’. Rupanya betul-betul sebab dia ni kadang-kadang cakap serius pun main-main. Itulah jiwa penghibur, letaklah di mana-mana pun. Macam Atu dia ke sana bukan sahaja bermain secara serius tapi dia pasang niat dia nak bonding dengan orang Indonesia dan dalam masa yang nak bermesra bersama mereka. Walaupun dia kalah tapi kita ni sebagai abang tak nampak pun dia tu macam kalah sebabnya dia dah memenangi hati peminat di sana.”

Sharif dan Syaiful berkongsi perkata tersebut ketika ditemui selepas tamat konsert Famili Duo 2023 (FD3) minggu keenam pada malam Ahad. Dalam pada itu, Sharif berhasrat agar Zero dapat menempa nama di Indonesia dan diberi rezeki untuk melakukan persembahan di Indonesia suatu hari nanti. Pelawak berusia 33 tahun itu juga berpendapat media sosial seperti TikTok sedikit sebanyak membantu mereka memperbanyakkan ‘fan base’ mereka sehinggakan mereka dikenali oleh rakyat di Indonesia. “Ketika ini boleh dikatakan kami aktif menggunakan aplikasi TikTok dan baru kami tahu ramai rupanya peminat kami di Indonesia. Kalau perasan ada satu potongan klip drama yang saya berlakon menjadi tular sehinggakan mendapat tontonan lebih 16 juta tu kan? Kebanyakkan yang komen di video tersebut adalah peminat dari Indonesia.

Bukan itu sahaja, kebanyakkan video sepanjang kami menyertai Famili Duo turut dipenuhi oleh rakyat dari Indonesia jadi Zero dah mendunia guys (sambil ketawa). Alhamdulillah, rezeki. Kalau ada tawaran seperti menyanyi ke, buat persembahan waima bersukan seperti yang dilakukan Atu baru-baru ini pun kami akan pergi. Sekadar info, Sharif dan Syaiful ketika ini sedang bertanding dalam program Famili Dua 3 (FD3) bersama Shila Amzah dan Syahir, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Tom dan Fuad Rahman serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.