Awal kemunculan dalam industri pernah alami kejutan budaya, kini Sharif Zero dedah bahagia hidup sederhana

POPULARITI dan kemewahan pernah membuatkan pelawak Sharif Zero terbuai sehingga terlupa untuk beringat tentang masa depan. Sharif atau Sharif Kadir Doli, 33, berkata, dua perkara itu membuatkan dia lalai dan tidak menjaga kewangannya sehingga tidak sedar ia hilang dalam sekelip mata. “Dulu di awal kemunculan dalam industri saya pernah mengalami kejutan budaya sebab ada banyak duit… Continue reading Awal kemunculan dalam industri pernah alami kejutan budaya, kini Sharif Zero dedah bahagia hidup sederhana

Dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim ketiga, Sharif dan Syaiful Zero rancang untuk luaskan bakat dalam bidang nyanyian

Juara Famili Duo musim ketiga iaitu Sharif dan Saiful Zero merancang untuk meluaskan bakat mereka ke bidang nyanyian. Ketika ditemui, pelawak dua beradik itu memaklumkan bahawa mereka akan memandang serius ke bidang nyanyian pula memandangkan ramai peminat yang suka melihat mereka bernyanyi dan membuat persembahan di atas pentas. “Apa yang kami lihat beberapa minggu lepas semasa… Continue reading Dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim ketiga, Sharif dan Syaiful Zero rancang untuk luaskan bakat dalam bidang nyanyian

Tak percaya Atu jadi wakil Malaysia ke Indonesia, Sharif dan Syaiful Zero bangga dengan Atu

Pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful dari kumpul Zero mendedahkan mereka bangga dengan adik mereka iaitu Atu yang baru sahaja selesai mewakili Malaysia dalam pertandingan badminton, Tepok Bulu 2023 menentang artis dari Indonesia baru-baru ini. Ketika ditemui, pasangan dua beradik itu berkata mereka pada awalnya tidak percaya ketika Atu memaklumkan penglibatannya sebagai wakil Malaysia ke Indonesia. “Nak cakap bangga… Continue reading Tak percaya Atu jadi wakil Malaysia ke Indonesia, Sharif dan Syaiful Zero bangga dengan Atu

Persembahan minggu lepas dapat pujian, ini pula komen Mas Idayu pada persembahan Sharif dan Syaiful Zero

Juri tetap program nyanyian Famili Duo Musim Ketiga iaitu Mas Idayu seakan kurang berpuas hati dengan persembahan daripada Sharif dan Syaiful. Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy akui kurang gemar dengan persembahan yang disampaikan oleh duo ini. Mendendangkan lagu Seragam Hitam dan Kwek Mambo, Mas Idayu berkata tarian dan persembahan daripada Sharif dan… Continue reading Persembahan minggu lepas dapat pujian, ini pula komen Mas Idayu pada persembahan Sharif dan Syaiful Zero

Ada usaha walaupun huru hara, Mas Idayu teruja tengok persembahan Syaiful dan Sharif Zero

JURI tetap program Famili Duo 2023, Mas Idayu meluahkan rasa teruja melihat persembahan minggu pertama duo adik-beradik kumpulan Zero iaitu Syaiful dan Sharif. Menurut Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, peserta lain yang bergelar penyanyi harus berasa gentar dengan kreativiti yang dihasilkan oleh pelawak yang menyertai program berkenaan. “Kita sekarang ini ada dua pasangan pelawak, mungkin… Continue reading Ada usaha walaupun huru hara, Mas Idayu teruja tengok persembahan Syaiful dan Sharif Zero

Menang Duo Terbaik, Sharif dan Syaiful Zero sumbangkan separuh wang kemenangan kepada Palestin

Minggu pertama Famili Duo 3 baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful Zero dinobat sebagai pemenang Duo Terbaik. Pada malam persembahan Sharif dan Syaiful membawa tiga buah lagu iaitu Kopi Dangdut, Ikan Di Dalam Kolam dan Ser Ser Ser. Mereka kemudian mendapat komen positif daripada pihak juri walaupun bukan penyanyi… Continue reading Menang Duo Terbaik, Sharif dan Syaiful Zero sumbangkan separuh wang kemenangan kepada Palestin