Dah tak nak ambil tahu, Shila Amzah minta Syafiq dan kekasih berhenti keluarkan kenyataan

Penyanyi Shila Amzah berharap adiknya, Amir Syafiq dan wanita bernama Eiza berhenti membuat kenyataan atau melakukan live di media sosial berkenaan keluarga mereka. Memetik laporan Utusan Malaysia, Shila berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu keempat Program Famili Duo di Shah Alam, semalam. Katanya, tindakan membuat live di media sosial dan mengeluarkan kenyataan itu akan mengeruhkan lagi keadaan sekaligus membuatkan keluarga mereka menjadi perhatian orang ramai.

“Saya tidak ambil tahu. Saya tidak mahu popularkan orang yang tidak perlu. Hari itu saya suruh dia keluar kerana memang patut Eiza keluar dari rumah banglo tersebut. Saya bukan mahu berlagak seprti tuan rumah, tapi semua orang perlu ada kehormatan diri. Benda ini kelakar sebenarnya, saya tidak tahu mengapa kita pandang ia terlalu serius. Sebab itu dari awal saya harap cukup-cukuplah, berhentilah buat live,” katanya. Penyanyi berusia 33 tahun itu menegaskan Eiza tidak seharusnya tinggal di rumah banglo miliknya walaupun wanita tersebut pernah meminjamkan wang sebanyak RM8,000 kepada bapanya.

“Secara logiknya, rumah itu rumah siapa? Saya tiada kaitan dengan dia mahupun isu hutang. Kalau pun suatu hari nanti dia tunjuk jumlah hutang dia dengan ahli keluarga saya, saya hanya mampu angguk namun masih tidak mengizinkan dia tinggal di rumah saya. Saya sudah lama bersabar. Saya memang jenis tidak suka jika ada orang datang ke rumah tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Inikan pula duduk rumah saya,” ujarnya. Terdahulu, Eiza menafikan dakwaan dia merupakan kekasih kepada Syafiq seperti yang dilaporkan oleh Shila sehingga dikecam netizen.

Dalam masa yang sama, Eiza berkata ketika rumah sewanya ditenggelami air banjir, Syafiq bekerja dengannya dan berhutang duit. Namun begitu, perniagan Eiza mengalami isu dan terpaksa ditutup dan meminta Syafiq untuk temukannya dengan bapa ND Lala untuk mencari jalan keluar. ND Lala pula mempelawa Eiza untuk tinggal di kediaman mereka dan bekerja sebagai pembantu peribadi kepada bapanya. Eiza juga menyatakan kekecewaan apabila Shila memanggilnya sebagai orang luar sedangkan selama ini dia yang menjaga ibu serta adik-beradiknya ketika ibu dan bapa penyanyi itu bergaduh.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.