Dituduh buat perkara tak senonoh, sekali ini tindakan dari pemandu bas wanita tu

Seorang pemandu bas wanita yang dituduh bercium ketika membawa penumpang akhirnya tampil membuat laporan polis. Menerusi perkongsian di TikTok, Iera Saila memaklumkan telah membuat laporan polis selepas video rakaman dalam bas tersebut tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Tambah mangsa lagi, tindakan pemfitnah itu juga telah memburukkan namanya, rakan sekerja dan syarikat bas ekpres terbabit.

“Berat sangat fitnah awak tu. Sanggupkah awak nak merangkak nanti mencari balik siapa yang awak fitnah tu? Jari awak terlampau ringan menaip fitnah tu. Tanpa berfikir panjang. Lepas tu awak padam akaun. Tinggalkan je fitnah tu terbiar semakin merebak. Selagi awak tak muncul bersihkan semua ni, selagi tu kes tak selesai.” Ujar mngs, meskipun individu terbabit sudah pun membuat permohonan maaf tetapi laporan polis tetap diteruskan untuk membersihkan nama mereka yang terlibat.

“Minta maaf juga kepada perakam. Kita terpaksa jalankan tindakan ini. Cuma budi bicara untuk awak mungkin akan dipertimbangkan sebab sudah mengaku kesalahan. Harap yang lain boleh berhenti mengecam si perakam.” Terdahulu, tularnya video yang mendakwa seorang pekerja lelaki sebuah syarikat bas ekspres bercumbu dengan pemandu utama yang merupakan seorang wanita. Namun begitu, seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang penumpang menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan bahawa pekerja lelaki tersebut sedang memperbetulkan sesuatu di bahagian kotak radio yang terletak di belakang kerusi pemandu wanita terbabit.

Tidak lama selepas itu, wanita yang menyebarkan video tersebut telah tampil membuat permohonan maaf menerusi TikTok. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.