Terkini Ketua Pegawai Kelab dedah TMJ salurkan kesemua hasil jualan tiket perlawanan bola JDT ke tabung Palestin

Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memperkenan untuk menyalurkan kesemua hasil wang jualan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin. Arahan tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran yang dimuat naik laman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor. Menerusi hantaran tersebut, sumbangan itu disalurkan bagi memperingati saudara sesama Islam tidak berdosa yang terbnh di sana.

“Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan terima kasih buat TMJ dan Kelab Bola Sepak JDT atas sumbangan yang disalurkan buat rakyat Palestin yang sedang dilanda musibah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.