Umur baru 9 tahun, Che Ta terkejut bila Aaisyah minta barang kosmetik semepena birthday

Jadi, setiap ibu bapa akan ada cara mereka sendiri untuk mendidik dan menyokong anak mereka itu temasuklah selebriti Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini dalam melayan kerenah anaknya, Aaisyah Dhiya Rhana. Jika diperhatikan, Aaisyah ini seperti begitu minat dalam menjaga kecantikan, jadi tidak hairanlah jika Aaisyah mahukan barang-barang kosmetik daripada ibunya. Apa yang mengejutkan Che Ta lagi, segala jenama produk yang dimahukan anaknya, Che Ta sendiri tak tahu tetapi Aaisyah jauh lebih arif dalam bab-bab ini. “Mummy tak penah dengar nama-nama skin care yg dia nakkkkkk tu. Nampak sangat mak hang dah tua Aaisyah.” Klik sini untuk lihat video.

Antara barang yang diminta oleh Aaisyah adalah dari jenama-jenama terkemuka yang boleh dikatakan agak mahal harganya seperti The Ordinary, Drunk Elephant, Glow Recipe sambil mengoles produk kecantikan itu ke mukanya. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet terkedu apabila melihat anak kecil yang baru sahaja berumur 9 tahun sudah tahu dan pakai kosmetik yang golongan dewasa masih belum mampu pakai, bahkan ada di antara mereka mengatakan bahawa mereka mampu menggunakan produk sebegitu setelah dewasa. Dalam pada itu, ada juga yang menasihati Che Ta bahawa salah satu produk yang dia minta itu lebih ke arah anti-penuaan di mana sangatlah tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.