Tak sangka ada yang cakap macam tu, Tom luah rasa sedih bila ada rakan artis yang hina rupa paras dia

Penyanyi, Tom akhirnya membuka mulut mengenai tindakan warganet dan rakan artis yang menghina rupa parasnya. Ketika ditemui, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram akui dia tidak sangka ada rakan artis tergamak menghina wajahnya. “Saya dah banyak kali kena kritik dan sekarang, mengenai wajah hodoh ini pula. Tapi, tak mengapalah sebab saya tak boleh nak tutup mulut orang. Ujar Tom lagi, rupa paras merupakan perkara sensitif dan individu terbabit tidak seharusnya menyentuh tentang penampilan dan wajah seseorang.

Sedih memang sedih sebab bukan sahaja warganet, tetapi, rakan artis yang saya sendiri kenal pun cakap begitu. Tapi, nak buat macam mana. Tak mengapa, sebab ini pinjaman daripada Tuhan. Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya.” Isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu memberitahu bahawa dia sudah menghubungi dan bertemu dengan artis itu untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Dia tidak mengaku tapi dia dah minta maaf. Saya pun selesaikan benda itu segera dan padam hantaran itu. Rasa macam bodoh juga kerana saya muat naik benda itu ketika sedang beremosi.” Sementara itu, Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman berkata, sebagai seorang suami, dia tidak boleh terima apabila isterinya dihina sebegitu rupa. Namun dalam masa yang sama, dia berharap agar Tom sentiasa bersabar, berfikiran positif dan tidak mengambil peduli dengan kutukan warganet.

“Bila saya lihat warganet komen kepada isteri seperti itu, saya sebagai suami berasa geram kerana kita lelaki kan.” Sebelum ini, Tom memuat naik hantaran meluahkan rasa sedih apabila menerima kritikan warganet yang menyifatkan dirinya tidak memiliki paras rupa yang cantik. Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam oleh Tom. Sekadar info, Tom dan Fuad bersama lima lagi pasangan duo lain Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Syarif dan Syaiful Zero, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Shila dan Syahir berentap di pentas Famili Duo musim ketiga.

FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.