Panik bila tiba tiba tak boleh beranafas, tak sangka rupanya ini yang jadi pada Dazrin sampai kena buat pembdahan hidung

BERDEPAN kesukaran untuk bernafas akibat masalah sinus, pelakon Dazrin Kamarudin terpaksa menjalani operasi di bahagian hidung pada Isnin. Kata Dazrin, 35, operasi tersebut terpaksa dilakukan apabila dia tidak dapat bernafas seecara normal ketika sedang tidur. Panik dengan situasi berkenaan, Dazrin berkata dia dan isterinya iaitu Nur Fazulin Razali segera menghubungi doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Minggu lepas pada jam 2.30 pagi, saya tidak boleh bernafas. Rasa nak mti. Masa itu saya berasa sangat panik sebab tekak saya dah kena sekat dan sudah tidak boleh bernafas.

“Saya kejut isteri saya, siap bagi kata laluan untuk semua akaun bank saya sebab saya takut sangat apa-apa buruk yang terjadi kepada saya. Macam-macam lagi saya pesan kepada isteri. Ia seperti sampai tahap nak tinggalkan wasiat kepada dia (isteri) sebab rasa sangat takut,” katanya ketika dihubungi. Tambah Dazrin, pada awalnya dia enggan melakukan operasi kerana berpendapat penyakit itu mampu diredakan dengan pengambilan ubat-ubatan. Bagaimanapun setelah mendapatkan nasihat doktor dan keluarga, dia akhirnya akur melakukan operasi tersebut di salah sebuah hospital swasta.

“Bila jumpa doktor, dia kata hidung saya dah bengkak sebab itu susah untuk bernafas. Doktor kata kalau tidak dirawat ia boleh menjadi semakin teruk,” ujarnya. Sebelum itu, Dazrin membuat satu hantaran di Instagram memaklumkan dia selesai menjalani operasi pada bahagian hidung. Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya. “Untuk perkembangan semua, pembedahan yang dilakukan berjalan dengan baik. Alhamdulillah,,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.