Lama menyepi, Wafariena Roslan akui sedangan menjalin hubungan dengan ahli perniagaan

Pelakon Wafariena Roslan mengakui sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang jejaka berstatus ahli perniagaan. Menurut laporan Harian Metro, Wafariena enggan berkongsi lanjut mengenai kekasihnya itu biarpun sudah lebih setahun saling mengenali. Malah, Wafariena juga hanya akan berkongsi wajah kekasihnya itu apabila mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga kelak. “Apabila dah nak kahwin baru saya akan kongsikan kepada umum.

“Buat masa ini, saya tak dapat nak kongsikan jejaka yang sedang saya kenali ini. Cuma kami sudah berkawan lebih setahun dan masing-masing serius dengan hubungan ini,” katanya. Tambah pelakon drama popular TV3, 7 Hari Mencintaiku ini lagi, dia menafikan akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat. “Sasaran untuk berkahwin itu belum ada lagi. Saya serahkan soal jodoh dan takdir kepada Tuhan. Jujurnya saya agak kekok untuk berkongsi hal peribadi kepada umum, cukuplah setakat ini sahaja,” katanya.

Sumber: Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.