19 tahun penantian, berkat kesabaran pasangan luah rasa syukur timang anak sulung

Berkat kesabaran dan penantian pasangan suami isteri selama 19 tahun untuk ‘timang’ cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan pada 29 November lalu. Menerusi hantaran tular di platform TikTok, pengguna dikenali @anakmuharom berkata, mereka suami isteri telah menempuhi banyak dugaan hidup sepanjang 19 tahun bersama. Meskipun mereka menempuhi banyak dugaan hidup, namun tidak sekali pun berasa putus asa. Sebaliknya, terus berdoa dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Klik sini untuk lihat video.

“Cerita setiap orang tak sama. Pengalaman pun tak sama. Cepat dan lambat, semua kerja Allah. Kita terus berdoa, meminta dan redha dengan setiap yang dah tertulis. 19 tahun bukan sekejap, yang lalui sahaja faham,”kongsinya. Dalam hantaran yang sama, dia juga berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak hentikan mendoakan kebahagiaan mereka terutama untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri hidup berumah tangga. Malah, ia juga berkat daripada doa orang ramai yang pernah mereka bantu selama ini.

“Alhamdulillah, Allah dengar doa-doa kita. Mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kita bahagiakan, doa orang yang kita belanja makan, dia anak-anak yatim dan doa orang yang kita bantu tanpa sedar,” tulisnya lagi. Berdasarkan kapsyen pada hantaran itu juga,  difahamkan pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain berkongsi pengalaman yang sama sebelum dikurniakan rezeki zuriat setelah lama berkahwin.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.