Jutawan paling senyap, ini pula keadaan terkini Ahmad Samerin individu yang pernah menang kuiz RM1 juta pada tahun 1991

Sekitar tahun 90an, permainan Jutaria pernah diadaptasikan ke dalam bentuk rancangan televisyen sekitar 30 tahun lalu di mana wang hadiahnya mencecah sehingga RM1 juta. Yang menariknya, rancangan kuiz paling mahal yang dinamakan sebagai More Jutaria itu telah berjaya dimenangi oleh seorang tauke kedai basikal iaitu Ahmad Samerin. Pada 9 September 1991, Ahmad Samerin Dzulkifli yang ketika itu berusia 23 tahun telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pemenang More Jutaria. Selain menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000,000, rancangan itu turut menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari. Lebih menarik lagi, namanya, SAMERIN, digunakan untuk melengkapkan petak kosong pada pusingan bonus yang berkaitan dengan ekonomi.

Beliau menolak kereta mewah Ferrari yang ditawarkan kerana tidak tahu memandu dan memilih memikirkan kehidupan di kampungnya yang dianggap tidak sesuai untuk memandu kereta tersebut. Samerin menjadi pemenang pertama dan terakhir dalam kuiz More Jutaria yang dikendalikan oleh juruacara Ahmad Tarmimi Serigar. Selepas kemenangan itu, dia turut memenangi wang tunai lebih RM6,000 melalui acara siri keenam dan ke-14 serta mendapat sebuah bot Bayliner, yang kemudian dijual dengan harga RM25,000.

Dalam wawancara pada 22 November 2016, beliau menyatakan bahawa sejak kemenangannya, ramai yang ingin mengetahui kisah hidupnya, tetapi beliau memilih untuk menjaga privasi atas pelbagai sebab. Baginya, kebebasan sebenar adalah apabila orang ramai sudah tidak mengenali Ahmad Samerin, individu yang pernah mencipta sensasi sebagai jutawan dalam sekelip mata. Kedai basikal yang pernah diusahakan kini diserahkan kepada adiknya, dan dia kini menjalani hidup dengan menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Berkenaan dengan wang kemenangan, laporan tidak menyatakan jenis pelaburan yang dilakukan oleh Samerin, walaupun pada masa lalu beliau menyatakan niat untuk bersedekah, melabur dalam Amanah Saham Bumiputera, dan membeli Sijil Simpanan Premium. Walaubagaimanapun, itu cerita beberapa tahun yang lalu. Ahmed Samerin kini dilaporkan lebih selesa tenggelam daripada tumpuan masyarakat. Dia bukan mahu menyembunyikan diri, tetapi lebih memikirkan soal keselamatan diri dan keluarga.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.