Seronok berniaga kecil kecilan, Faye Kusairi nafikan jual nasi ayam sebab kurang dapat tawaran belakon

Baru-baru ini pelakon Faye Kusairi memaklumkan dirinya begitu seronok memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi ayam di kaki jalan terletak di Bukit Antarabangsa. Namun begitu, timbul pula dakwaan mengatakan pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu memulakan perniagaan kerana karier lakonannya semakin sendu. Terbaharu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memaklumkan bahawa dia memilih untuk memperlahankan karier lakonannya ketika hamil anak ketiganya pada Julai lalu.

“Alhamdulillah, banyak tawaran yang saya terima sejak tahun lalu. Tetapi, saya terpaksa tolak beberapa ‘job’ kerana mengandung. Apatah lagi, ada watak memerlukan saya beraksi lasak. Ketika itu, saya masih bekerja ke Singapura dan Brunei sehingga usia kandungan mencecah enam bulan. Selepas itu, saya terus tolak semua tawaran sehinggalah selepas pantang.” Sedar akan dakwaan yang dilemparkan itu, pelakon berusia 36 tahun tersebut memaklumkan dia sama sekali tidak mengendahkan kata-kata tersebut sebaliknya menganggap ia merupakan satu perkara positif buat dirinya.

“Biasalah orang lebih suka menilai dari sudut negatif terlebih dulu tanpa berfikir menerusi ruang lingkup yang lebih luas. Saya pula lebih suka mengambil setiap perkara dari sudut yang positif. Saya hanya ingin fokus kepada mensyukuri apa yang Allah sudah aturkan buat saya. Bukan mudah sebenarnya saya nak dapatkan ilham dan keberanian ini (berniaga). Ini pun saya doa banyak-banyak sebelum akhirnya buat keputusan untuk berniaga.” Dalam pada itu, Faye mendedahkan bahawa dia mula mendapat idea untuk menjual nasi ayam kerana juadah tersebut merupakan makanan kesukaan anak sulungnya.

“Kebetulan saya perhatikan di kawasan ini sudah bertahun-tahun tiada orang berniaga nasi ayam. Sebagai ibu, saya berpendapat jika buka perniagaan ini, ia akan memudahkan ibu lain. Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Pada pendapat saya, nasi ayam adalah juadah mesra masyarakat. Saya bersyukur sejak dibuka tiga minggu lalu, perniagaan saya dapat sambutan sangat menggalakkan. Semuanya habis dijual setiap hari hingga serba salah apabila ada tempahan terpaksa ditolak.”

Sekadar info, Faye dan suaminya yang merupakan pengarah, Azmi Hatta bernikah pada 2017 lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.