Ramai yang kagum dengan Syafiqah Aina, dia guna papan iklan untuk ingatkan orang tentang Palestin

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina meraih perhatian warganet selepas menggunakan papan iklan untuk mengingatkan orang ramai terhadap rakyat di Palestin. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aina berkata papan iklan tersebut sepatutnya digunakan untuk mengiklankan produk AINAA Beauty. “Sepatutnya billboard ini saya gunakan untuk iklankan jenama AINAA supaya orang ramai dapat tahu lokasi kami. Bayaran untuk membuat iklan di billboard ini juga agak tinggi,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Namun begitu, wanita berusia 29 tahun itu berkongsi bahawa hatinya kuat untuk menggunakan papan tersebut agar orang ramai tidak melupakan konflik di Palestin. “Tapi tak tahu hati ni kuat sangat nak buat ni. Nak mengingatkan orang ramai supaya tak lupa kepada Palestin lebih baik untuk waktu ini,” ujarnya. Tambahnya, dia sangat terkesan dengan perkongsian pelbagai video di media sosial berhubung kesengsaraan menimpa rakyat Palestin. Malah, perkongsian Aina sendiri mengenai negara tersebut turut mengalami kesan kerana penontonnya juga semakin berkurangan.

“Saya sangat terkesan bila tengok video apa yang terjadi di sana, sedih sangat rasa! Saya hargai dan bangga dengan korang yang konsisten kongsi tentang Palestin. Jujur, media sosial saya pun terkesan. Ada yang kata tak nampak dah posting saya,  jumlah penonton dan lain-lain terkesan sebab setiap hari kongsi tentang Palestin. Walaupun saya tahu media sosial penting untuk bisnes dan lain lain tapi buat masa sekarang, ini keutamaan kita,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan memuji tindakan Aina menggunakan papan iklan itu sebagai peringatan kepada orang ramai. Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang tinggalkan komen mendoakan Aina dan perniagaan dijalankan supaya sentiasa berjaya.

Sekadar info, Aina merupakan isteri kepada pempengaruh Hafiz Mahamad dengan mendirikan rumah tangga November 2017 selepas menjalin cinta selama lima tahun. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Arisa dan Rayqal Arees, masing-masing berumur empat tahun dan satu tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.