Usaha 10 tahun berkecimpung dalam bidang industri hiburan membuahkan hasil, Azira Shafinaz menang trofi pelakon wanita komedi

PENAT lelah dah usaha sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan membuahkan hasil apabila pelakon Azira Shafinaz berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards. Anugerah yang berlangsung pada 7 November lalu di Singapura itu memperlihatkan Azira memenangi trofi berkenaan menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama bersiri Ijab Kabut. Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 31, berjaya mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori tersebut Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).

Pelakon itu memberitahu trofi itu merupakan anugerah pertama yang diterima dan segala penat lelahnya selama ini akhirnya berbaloi. “Benarlah kata orang, dedikasi dan kerja keras akhirnya berbaloi. Selepas 10 tahun dalam industri hiburan, saya menerima anugerah pertama sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards untuk drama Ijab Kabut,” katanya. Azira berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, aktres berkenaan turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan penghargaan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang memberi kepercayaan terhadapnya dalam melakonkan watak tersebut.

“Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan yang diterima ini. Terima kasih daripada sudut hati ini kepada semua inidvidu yang memberi kepercayaan terhadap saya. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia,” ujarnya. Untuk rekod, Ijab Kabut adalah sebuah drama siri genre komedi romantik yang disiarkan di platform penstriman Viu pada tahun lalu. Selain Azira, drama bersiri Viu Original arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan pelakon Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.