Bising punya pasal, bayi tmpar muka bapa banyak kali sebab bunyi dengkur kuat

DENGKURAN ketika tidur sememangnya membuatkan pasangan atau rakan sebilik terganggu. Dalam satu video melucukan yang tular di laman sosial, seorang bayi di China dirakam menampar muka bapanya akibat tidak tahan dengan bunyi dengkuran kuat ketika sedang tidur. Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan dari wilayah Guizhou sedang tidur bersama bayi mereka di atas sebuah katil pada waktu malam. Sebaik sahaja mendengar bunyi dengkuran, bayi berusia 15 bulan itu bangun lalu memukul wajah bapanya yang sedang tidur. Klik sini untuk lihat video.

Tindakan bayi itu berkesan namun hanya bertahan seketika apabila bapanya berdengkur semula. Dia lantas bangun dan menampar bapanya beberapa kali, sebelum ibunya tersedar dan ketawa. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.