Awalnya jemput majlis rumah terbuka, Syafiqah Melvin tampil kongsikan momen awal bertemu dengan suami

Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin tampil mendedahkan detik awal perkenalannya bersama suaminya, Azhar. Perkara itu telah didedahkan oleh Syafiqa ketika membuat sesi live di TikTok, baru-baru ini. Menurut Syafiqa, suaminya, Azhar tidak kenal langsung tentangnya dan dia berkenalan dengan suaminya itu menerusi platform media sosial. Malah, Syafiqa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long itu turut mendedahkan detik awal mereka bertemu ketika dirinya menjemput suaminya itu ke majlis rumah terbukanya. Klik sini untuk lihat video.

“Dia tidak kenal pun saya siapa sebab dia bukan seseorang yang aktif bermain sosial media. Kami kenal kat media sosial. Sehari je mesej untuk berkenalan. Ada satu hari tu saya buat open house dan saya saja je manis mulut jemput dia. Lepastu dia datang seorang walaupun dia tak kenal saya siapa tapi dia berani datang,” katanya. Dalam pada itu, Azhar turut menyatakan niatnya menghadiri rumah terbuka Syafiqa untuk mengisi perut dan berkenalan dengannya.

“Masa tu saya lapar. Bila lapar kita tak fikir benda lain pun. Lepas tu sebab nak kenal dia juga. Lepas tu nampak macam sesuai dan kemudian kami berbincang dan meluahkan hasrat saya untuk berkenalan dan berkahwin,” jelasnya. Terdahulu, Syafiqa dan Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2023, Ahad lalu. Sekadar info, Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012. Namun, Zainal Abidin disahkan Pergi menghadap illahi pada akibat knsr drh pada 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua cahaya mata, Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.