Pernah terpalit dengan kontroversi buruk, Boy Iman akui ramai kawan artis jauhkan diri

Pelakon Boy Iman mengakui kontroversi dakwaan penipuan terpalit dirinya tinggalkan persespsi buruk terhadap orang ramai serta ‘mencalarkan’ namanya. Memetik Kosmo, Boy berkata dia tidak boleh lari dari perasaan malu dan segan untuk berdepan dengan masyarakat namun perlu kuat menghadapi situasi berkenaan. “Kalau nak kata malu dan segan, sudah tentu ada sebab saya pun manusia biasa. Tapi saya lebih memikirkan apa yang saya percaya. Maksudnya, kalau saya percaya saya tidak bersalah, saya buat bodoh sajalah.

“Tapi kalau terbukti memang saya bersalah, rasa malu dan segan itu lagi banyak. Nak berjumpa dengan awak (wartawan) pun saya tidak mahu kerana malu,” katanya. Sementara itu, Boy mendedahkan ada rakan artis yang mula menjauhkan diri serta sehingga ada putus kawan. Namun, Boy memahami mereka juga mahu menjaga nama baik sebagai selebriti. Memang ada yang menjauhkan diri dan putus sahabat. Tapi saya faham kedudukan mereka sebagai selebriti. Sudah tentu mereka juga mahu menjaga nama mereka. Jadi bagi mengelak daripada nama mereka juga terkait sama, maka ada yang mengambil pendekatan untuk menjauhi saya.

“Ada yang tak nak berjumpa dengan saya sehingga lupa kenangan bersama. Tapi saya okay sahaja. Tidak jadi masalah pun sebab kita hidup kena sentiasa berfikiran positi dan hormat Keputusan mereka,” katanya. Dalam pada itu, Boy bercadang untuk menurunkan berat badannya serta mengakui dirinya kuat makan dan mungkin akan kembali dalam bidang lakonan. “Menjengah usia 40-an, alhamdulillah kesihatan saya masih baik. Cuma saya dikategorikan sebagai obesiti. Sebab saya memang kuat makan kalau ada masalah.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk kawal berat badan dan cuba untuk kelihatan kurus sedikit. Mana tahu mungkin saya akan buat ‘comeback’ (kemunculan semula) dalam industri suatu hari nanti. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.