Ada keinginan nak anak lelaki, Fasha Sandha berhasrat naik jalani IVF tahun depan

Pelakon jelita dan juga usahawan, Fasha Sandha yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan anak lelaki berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) pada tahun hadapan sebagai salah satu ikhtiar dan usaha. Memetik laporan Harian Metro, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan bahawa dia dan suami, Aidil Aziz sememangnya mempunyai hasrat untuk menambah seorang lagi anak. Disebabkan sudah mempunyai anak perempuan, Aisha Amaira, pelakon berusia 39 tahun itu berharap agar dikurniakan bayi lelaki.

Menurut Fasha, dia dan suami belum sempat berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat disebabkan jadual yang padat dengan penggambaran. “Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah. Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat.”

Tambah Aidil, Fasha perlu mengurangkan kerja terutamanya penggambaran sekiranya mahu melakukan rawatan IVF. Katanya lagi, untuk trimester yang pertama, ia perlu dijaga dengan betul dan mengurangkan segala aktiviti. “Betullah, kalau misal kata nak ‘plan’ (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, ‘shooting’ (penggambaran). Semua sedia maklum ‘shooting’ memang setiap hari dan makan pun kena jaga. Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.