Jangan buat keputusan ketika marah atau sedih, semua hasil titik peluh bersama dan aset lain dah dipindahkan sepenuhnya pada Aisyah Hijanah

Personaliti media sosial, Aishah Hijanah reda dimadukan oleh suaminya iaitu Alif Teega, namun demi masa depan dan anak-anak, dia memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Aisyah mendedahkan bahawa harta sepencarian antara dia dan Alif telah diserahkan semua kepadanya atas persetujuan mereka berdua. “Bizmillah, Segala hasil titik peluh yang dibina daripada awal bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share hijanahofficial 100%, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.”

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini menegaskan tentang kepentingan memahami hak seorang isteri terutama dalam hal-hal berkaitan dengan perniagaan dan harta. “Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu upah peguam, silakan. Pada awal mungkin kita akan ‘blur’, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan putus asa terlalu awal. Bukan bermakna kita tamak atau gla harta, tetapi kita nak jaminan untuk diri dan anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik. Anda perlu mengawal emosi anda & bertenang. Jika tidak, semuanya akan musnah.”

Sementara itu, pempengaruh berusia 25 tahun ini sempat menitipkan nasihat kepada wanita yang berada di situasi yang sama agar tidak cepat melatah dan mengawal emosi marah supaya tidak mengambil tindakan melulu untuk berpisah dengan suami. “Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. Tetapi jangan sesekali biarkan kemarahan merosakkan kebijaksanaan anda. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yang akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi S.A.W pun ada pesan, yang paling kuat dalam kalangan kita adalah yang mampu menahan marahnya.

Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap posting kalini membantu untuk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Sentiasa ingat untuk melindungi diri anda dan anak-anak. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar dan cuba bertenang dahulu. Berhati-hati dengan apa yang berlaku dan bagaimana anda menghadapi setiap perkara. “Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan dan ketenangan hidup bersama suami & anak-anak. Semoga membantu.”

Dalam masa yang sama, Aisyah juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana memberi kerjasama dengan baik sepanjang proses pemindahan aset tersebut. Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Alif  yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.