Ramai yang ingat Diana Danielle hamil anak ketiga, sekali ini jawapan dari tuan badan

SEJAK kembali rujuk dengan bekas suami pada Ogos lalu, peminat perasan perubahan pelakon Diana Danielle yang bukan sahaja dilihat ceria tetapi berat badannya juga semakin bertambah. Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, bagaimanapun meminta warganet tidak terus membuat andaian atau kesimpulan dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial. “Tidak ada sesiapa boleh memastikan sama ada seseorang itu bahagia dengan merujuk kepada kenaikan berat badan dan senyumannya di media sosial.

Apa pun terima kasih kerana membuat andaian yang positif,” katanya. Dia menjelaskan perkara itu ketika memberi respon terhadap komen pengikutnya di Instagram yang membuat andaian isteri pelakon dan pengarah Farid Kamil itu sedang bahagia. Menerusi hantaran sama, Diana turut menyangkal dakwaan dia sedang berbadan dua susulan berat badannya dilihat bertambah. “Sebelum ada yang bertanya lagi, saya tidak hamil,” jelasnya. Sebelum ini, Diana pernah menafikan dia sedang hamil anak ketiga.

Diana menjelaskan perubahan fizikalnya disebabkan selera makan yang bertambah sejak kebelakangan ini. Untuk rekod, Diana dan Farid sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu. Bagaimanapun, perpisahan tersebut tidak tahan lama apabila Farid mendedahkan sudah kembali rujuk dengan Diana pada 31 Ogos. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Aurora, 8 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.