Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida memaklumkan arwah bapanya, Mohd Rashid pergi menghadap illahi sewaktu sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah. Menerusi coretan di Instagram, Nur Shahida berkata bapanya seakan sudah memberikan petanda awal apabila arwah datang ke rumahnya dan berjumpa dengan semua adik-beradiknya beberapa hari sebelum pergi menghadap illahi. “Dua hari lepas dia balik KL seorang diri tidur di rumah saya, dia jumpa semua anak-anak dia, rupanya petanda dia nak pergi. Klik sini untuk lihat video.
Alhamdulillah semua anak-anak ada hari ni dan solat jenazah pun di imamkan oleh abang saya sendiri. Ayah saya rebah ketika solat dalam keadaan berkopiah di kepalanya. Cantik sungguh aturan Allah.” Dalam hantaran sama, Shahida turut menitipkan ucapan terima kasih kepada arwah bapa tercinta yang telah banyak berjasa kepada keluarganya. “Sejujurnya saya belum kuat untuk menulis apa apa. Tapi saya harus luahkan segala rasa yang ada sebagai tanda penghargaan paling agung buat ayah saya. Ayah terima kasih kerana telah menjadi seorang ayah yang penyayang pada anak anak. Jasa ayah saya takkan pernah lupakan.
Saya redha dengan pemergian ayah. Setiap hari ayah akan call saya, setiap hari ya dia akan tanya khabar semua anak-anak dia. Tangan sekujur tubuh itulah yang mencari rezeki buat kami sekeluarga. Ayah saya peniaga air tebu, pemandu teksi, pengawal keselamatan yang bekerja siang dan malam demi membesarkan kami.” Sementara itu, ibu kepada enam cahaya mata itu memohon doa kepada Ilahi agar diampunkan segala dosa arwah bapanya.
“Ya Allah, Ampunkan dosa ayahku sepanjang usianya, gantikan lah segala lelah penatnya di dunia dengan syurga yang paling tertinggi disisi-Mu, kau letak nama mereka disetiap pintu Syurga-Mu. Sesungguhhnya ayahku telah mengajarkan aku soal ilmu agama yang cukup. Kau rahmatilah mereka seperti mana kau merahmati kehidupan para Nabi. Setiap titis keringat nya mencari rezeki adalah dari sumber yang halal. Selamat tinggal ayah. Tunggu Ida di sana. Semalam, Shahida menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bapanya Mohd Rashid Abbas telah dunia di kediamannya yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.