Bukan lagi artis warner music, Kaka Azraff akui bersedia untuk bernaung di bawah label muzik lain

SELEPAS mengesahkan kontrak bersama Warner Music Malaysia berakhir pada 31 Disember depan, penyanyi Kaka Azraff memberitahu dia terbuka untuk menerima tawaran daripada mana-mana syarikat rakaman yang ingin melamarnya sebagai artis naungan mereka. Kata Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dia bersedia untuk bernaung di bawah label muzik lain bagi meneruskan karier seninya sebagai seorang penyanyi. “Kalau ada mana-mana label, saya terbuka,” jawabnya ringkas.

Kaka memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sidang media berhubung penamatan kontraknya bersama label berkenaan yang diadakan di The Curve, Selangor pada Rabu. Mengulas mengenai penamatan kontrak berkenaan, penyanyi lagu Gila itu mengakui terkilan kerana ia dilakukan dengan cara sedemikian. Malah, Kaka menuntut supaya syarikat tersebut memberikan penjelasan konkrit berkenaan keputusan berkenaan yang dilakukan oleh sebelah pihak tanpa persetujuannya. “Sebagai salah seorang artis rakaman dan di antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya seharusya diberikan sebab rasmi yang menjelaskan mengapa pihak pengurusan Warner Music Malaysia memutuskan untuk menamatkan kontrak saya.

“Saya tidaklah terkilan apabila kontrak saya ditamatkan kerana saya percaya rezeki Allah itu luas, tapi saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau sebarang perbincangan,” ujarnya. Pada Rabu lalu, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan Kaka bukan lagi artis naungan syarikat rakaman tersebut. Alasan keputusan itu dibuat susulan tindakan penyanyi berkenaan menggunakan perkataan tidak sopan dalam mesej yang dihantar kepada pelakon Australia pro-Israel iaitu Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin. Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka menghantar mesej kepada Nathaniel. Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia. Syarikat rakaman berkenaan menerima kritikan selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.