Tak henti doakan untuk bekas menantu, ramai yang puji sikap sayang Patimah pada Puteri Sarah

SELEPAS hampir enam bulan pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berpisah, isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tidak pernah berhenti mendoakan kebahagian buat bekas menantunya itu. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Patimah berharap supaya Sarah atau Puteri Sarah Liayana Megat Kamaruddin, 38, memperoleh kebahagiaan yang diinginkan suatu hari nanti. “Semoga kebahagiaan milikmu,” tulisnya di Instagram pada Khamis. Klik sini untuk lihat video.

Patimah berkongsi luahan hatinya itu bersama muat naik foto Sarah serta cucu-cucu kesayangannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Patimah yang dilihat sentiasa berada di sisi Sarah meskipun tidak lagi bergelar isteri kepada anaknya itu lagi. Malah, ada juga di antara warganet mengharapkan agar mereka mendapat seorang ibu mentua sebaik Patimah. “Beruntung Sarah dikurniakan mentua yang ikhlas dan baik hati. Mentua seperti ini memang jarang ada.

“Bertuahnya Sarah dapat ibu mentua yang baik macam datin… satu dalam sejuta ibu mentua seperti ini. Mesti Sarah pun baik, kalau tak takkanlah mentua sayang macam anak sendiri. Datin nampak ikhlas sayangkan Sarah. Doakan saya dapat mentua macam datin. Amin,” kata mereka. Sebelum ini, tindakan Patimah yang sering mempertahan Puteri Sarah mendapat perhatian serta pujian warganet. Malah, Patimah juga pernah menjelaskan dia hanya mempunyai Sarah sebagai menantu dan isteri kepada Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Bagaimanapun, Syamsul dan Puteri Sarah sah berpisah talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.