Akhirnya isu dah selesai, Ernie Zakri bakal menyanyikan lagu Astana di hari kedua SFMM38

PENYANYI Ernie Zakri akhirnya bakal menyanyikan sendiri lagu Astana di hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) yang akan berlangsung pada Sabtu. Universal Music Malaysia menjelaskan keputusan itu dibuat selepas syarikat rakaman lama Ernie iaitu Rocketfeul Entertainment menghubungi pihak pengurusan label berkenaan pada Khamis lalu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda. Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak sepakat enggan isu lagu Astana terus menjadi perdebatan dan keputusan yang dicapai bagi kebaikan semua pihak.

“Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal serta komposer lagu Astana untuk membuat persembahan. Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, RIM menyerahkan perkara ini kepada kami untuk membuat keputusan,” kata wakil Universal Music Malaysia menerusi satu kenyataan pada malam Jumaat.

Sementara itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, meluahkan rasa lega dan gembira apabila diberi pulang untuk menyanyikan sendiri lagu Astana. Dia juga bersyukur apabila pihak syarikat rakamannya tidak menghalang dia menyanyikan lagu tersebut di SFMM38 nanti. “Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri. Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab mempersembahkan lagu Astana,” luahnya.

Sebelum ini, Nadeera diumumkan sebagai pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana dan ia mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat. Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut. Ernie juga dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut. Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia.

Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.