Lebih pentingkan kualiti dari duit, Fasha Sandha akui dia sangat memilih dalam menrima tawaran menjadi duta produk

Aktres jelita, Fasha Sandha mendedahkan dia sangat memilih dalam menerima tawaran menjadi duta produk. Tidak peduli dengan penolakan tersebut, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan meluahkan rasa bosan terhadap beberapa syarikat yang menjual produk yang sama sahaja di pasaran. Memetik Berita Harian, meskipun bayaran yang ditawarkan tinggi, teraju utama drama Semua Salahku itu bagaimanapun tidak mementingkan duit semata-mata.

“Saya terima tawaran jadi duta kerana hargai produk berkenaan. Saya fikir kegunaan dan manfaat untuk saya kongsi dengan pengikut,” katanya. Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia menyimpan hasrat untuk bergelar usahawan dan memiliki produk jenama sendiri suatu hati nanti. Namun demikian, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2007 itu perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya sebagai pelakon terlebih dahulu. “Saya belum bersedia untuk memperlahankan rentak dalam bidang lakonan. Sekiranya mahu berniaga atau nak buat produk kena ada masa yang banyak dan kena fokus kepada bisnes.

“Saya masih aktif, tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jadi, saya fokus dalam lakonan dan jadi duta cari pengalaman dulu,” jelasnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.