Pergi tanah suci untuk tunaikan umrah, Puteri Sarah dedah azam tahun depan nak kurangkan bercakap

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana bergerak sendiri ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan bantuan agensi pelancongan umrah yang dipilihnya. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang berjalan di kota suci Mekah. Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Puteri Sarah menyatakan azamnya pada tahun hadapan untuk kurangkan bercakap dan lebihkan berdoa kepada Allah. Klik sini untuk lihat video.

“Untuk tahun depan saya hanya akan lebih banyak berdoa dan kurang bercakap.” Video yang dimuat naik pelakon berusia 38 itu, turut mencuri perhatian netizen apabila wajahnya yang cantik tanpa sebarang alat solek. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet, mendoakan semoga Puteri Sarah menjadi seorang wanita yang kuat dan dipermudahkan segala urusannya. Bukan itu sahaja, ada yang turut menyatakan Puteri Sarah adalah satu contoh untuk semua wanita di luar sana bangkit dan ada juga yang memujinya bahawa dia seorang wanita yang hebat.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.